Utama » » Cara Paling Mudah Nak Menabung Di Maybank2u

Cara Paling Mudah Nak Menabung Di Maybank2u

Bab menyimpan ni membuatkan Lia jadi takut sangat sebab hampir 80% orang tak perasan 3 step mudah je nak menabung dalam Maybank2u ni! 

First sekali, set berapa nak simpan duit setiap bulan. Kemudian Maybank akan auto tolak duit dari akaun anda. Bila dah tiba tempoh matang, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank anda. Bestkan.

Lia bagi contoh sekarang ni umur anda 22 tahun, anda target pada umur 24 tahun nak menunaikan Umrah menggunakan duit anda sendiri. 

Setiap bulan simpan RM300 
Set masa dalam 24 bulan (2 tahun)
RM300 x 24 = RM7200

Wah! Bayangkan umur anda dah 24 tahun anda dah ada duit simpanan sebanyak RM7200! Dan Alhamdulillah anda boleh menunaikan umrah di usia muda hasil simpanan 2 tahun lepas.

Contoh lain, anda nak buat simpanan untuk kenduri kahwin iaitu kos RM10000. Jadi boleh la start menyimpan dari sekarang dalam tempoh 2-3 tahun. Selain itu, contoh nak pergi travel ke Korea kos RM3500 kan, anda cuma perlu saving dalam masa 1 tahun je. 

Sangat mudahkan bila kita mula menyimpan ni. Jadi di bawah ini Lia sediakan tutorial bergambar, boleh rujuk untuk anda buat step by step ya. Dan boleh mula rancang nak simpan duit tujuan untuk apa dan bila. All the best!


Langkah 1: Selepas login, klik pada Accounts & Banking

Langkah 2: klik button Go

Langkah 3: Click “Setup Flexi Saver Plan-i”

Langkah 4: 
Tenure - pilih berapa lama yang anda nak menyimpan
Contribution Amount - berapa jumlah yang anda nak simpan, min RM50 dan max RM300
Purpose of Flexi Saver Plan i - Pilih tujuan kenapa anda nak menyimpan ni, contohnya Holiday, Business dan Wedding. 
Effective Date - Tarikh bila anda nak duit ini ditolak terus dari akaun bank anda pada setiap bulan
Dah siap, click je “Continue”

Lepastu 'DONE'

Sumber: FB

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan



twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)