Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sedihnya!! Sedang Tawaf Dapat Khabar Anak Mati Kemalangan

Kejadian berlaku di Jalan Pekan-Kuantan berhampiran di Kampung Batu Putih

Mutawif dengan rasa berat hati, memberitahu kepada jemaah, keluarga yang menghantar mereka ke KLIA telah kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Semoga mereka diberi kekuatan.
Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki  terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran kampung Batu Putih di sini, jam 5 pagi tadi.
Dalam kemalangan itu, pemandu,  Wan Nur Athirah Wan Kamaruzzaman, 27  dan dua adiknya  Wan Nur Afifah, 25  serta Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14 dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala ibu saudara mereka, Salmah Ibrahim, 58 serta anaknya, Nurul Aliani Zawawi, 25  yang  cedera dihantar ke  Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan.
Kejadian menimpa mereka hanya disedari pengguna jalan tersebut kira-kira jam 7.15 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, , kenderaan MPV jenis Chery Easter yang dipandu  Wan Nur Athirah (maut) bersama empat ahli keluarganya  itu dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Kuantan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kenderaan tersebut hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke kiri  dan melanggar batu penghadang lalu terjunam ke dalam parit dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.
“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian  manakala dua mangsa yang cedera  dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan bagaimanapun kedua-duanya dilaporkan stabil.
“Kejadian itu hanya disedari pengguna jalan tersebut kira-kira jam 7.15 pagi sebelum dimaklumkan kepada polis,”katanya.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan akibat jalan licin  kerana hujan.
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Sedihnya!! Sedang Tawaf Dapat Khabar Anak Mati Kemalangan"


~~ TENTANG PENULIS ~~