Utama » » Timbalan PM Sedia Letak Jawatan

Timbalan PM Sedia Letak Jawatan

 
Jen Prawit Wongsuwan
(Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pertahanan Thailand)

Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya  bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand  (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan," kata beliau kepada media.

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)