Utama » » VIRAL: Pelakon Yeh Sekupang Meninggal Dunia

VIRAL: Pelakon Yeh Sekupang Meninggal Dunia


Nama Rab Khalid adalah sangat sinonim dengan Yeh Sekupang dalam filem-filem arahan Mamat Khalid. Beliau pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rumah Pusaka di Simpang dan lain-lain.

Rab atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri, 47, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4:15 petang sebentar tadi di Unit Penjagaan Koronari, Hospital Ampang akibat serangan jantung.

Beliau merupakan seorang pelakon yang banyak melakonkan watak-watak yang berunsur komedi. Dengan loghat utara yang pekat, lakonan beliau amat memikat hati penonton. Rumah Rab Khalid yang terletak di Jalan Puyu, Taman Seri Tenggara, Parit Buntar dipenuhi oleh saudara-mara dan rakan taulan untuk menziarahi arwah. Semoga beliau dirahmati Allah.

Gambar rumah Rab Khalid di Jalan Puyu, Taman Seri Tenggara, Parit Buntar.

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)