Utama » » VIRAL: Penjenayah Paling Dikehendaki Mati Ditembak Polis

VIRAL: Penjenayah Paling Dikehendaki Mati Ditembak Polis


Terdahulu sebelum kejadian jam 12.45 tengah hari itu, suspek berusia lingkungan 40-an, masing-masing warga tempatan dan asing yang menaiki kereta Mercedez Benz, dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Seri Bayan.

Ketika diminta memberhentikan kenderaan, seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis, menyebabkan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) terpaksa membalas untuk mempertahankan diri.

“Kedua-dua suspek mati di dalam kenderaan berkenaan dan polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta itu.

“Mayat mereka dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat seterusnya mengesan keluarga masing-masing.

Dua penjenayah yang ditembak mati di Jalan Gangsa, Batu Berendam, Alor Gajah menghala ke Angkasa Nuri, dekat sini, hari ini dipercayai sedang menyasarkan mangsa dan lokasi untuk melakukan samun sebelum dikesan polis.

Superintendan A Asmadi Abd Aziz, berkata siasatan awal mendapati, suspek mempunyai lapan rekod jenayah, iaitu empat kes di Shah Alam, Selangor dan masing-masing dua kes di Kuala Lumpur dan Johor.
“Polis masih menyiasat latar belakang kedua-dua suspek dan mengesyaki sebelum kejadian berbalas tembakan tadi, mereka sedang menyasarkan mangsa dan lokasi untuk melakukan samun.

“Mereka menggunakan modus operandi menunggu mangsa keluar dari mana-mana bank sebelum menyamun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.




SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)