Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

VIRAL: Terkini Farid Kamil Direman Untuk Siasatan


Farid dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi mendapatkan perintah reman.

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang menyerang seorang anggota polis dan dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara semalam direman selama empat hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Petaling Jaya Zaki Asyraf Zubir bermula hari ini.
Farid, tiba jam 10.07 pagi dengan memakai baju lokap unggu menaiki trak polis.
Prosiding bermula jam 10.35 pagi dan berlangsung selama 15 minit.

Peguam, Athari Bahardin yang mewakili Farid ketika ditemui berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta dadah berbahaya 1952, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

"Selain itu, beliau turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 90A Akta Polis," katanya.


Sumber : kosmo online

AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "VIRAL: Terkini Farid Kamil Direman Untuk Siasatan"


~~ TENTANG PENULIS ~~