Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bagus Ke Whatsapp Group Guru Dan Ibu Bapa?


Sekolah Fatah mcm kuno sikit. Takde group wasap untuk update aktiviti anak. Walaupon yuran dia mengalahkan kos mama & babah belajar dekat universiti ((Motif citer ni ialah jgn expect kita bayar mahal sekolah akan layan kita macam RAJA semua benda nak kena suap dekat mak ayah..tuh jer))...So Mama komplen dekat babah kenapa sekolah fatah takde grup wasap macam sekolah kerajaan, cikgu skolah kerajaan layan parents macam RAJA.

-mama memang kuat komplen- 😂😂

Tapi dengan pemikiran rasional babah, terus babah explain dekat mama. Katanya lagi bagus takde. Cikgu boleh mengajar dengan lebih fokus. Takde gangguan emosi pada cikgu nak melayan kerenah mak bapak yg pelik-pelik zaman skrg.

Pastu kan, setiap hari jika ada apa-apa update cikgu letak surat dalam file anak. Setiap hari anak wajib wat balik file tersebut untuk update dekat ibu-bapa. Mama & babah perasan kaedah ni bagus sesangat sebab ia boleh menggalakkan ibu bapa jadi lebih prihatin untuk cek beg sekolah anak!

Korang cek tak beg sekolah anak hari-hari? Itulah yg guru besar sekolah fateh nak terapkan. Penglibatan mak ayah dalam pendidikan anak-anak. Bukannya 100% serahkan tugas pada guru tau. Dia melatih kami jadi ibu bapa prihatin. Kena cek selalu beg sekolah anak.

Aritu mama wasap cikgu sekolah Fatah kenapa takde WASAP GROUP untuk kelas fateh. Mama tanya dia terus. Kemudian teacher dia cakap kalau puan nak tahu perkembangan anak puan nanti kita set kan meeting & saya akan cerita semua perkembangan anak puan.

Kenapa mama rasa bagus betul SOP sekolah ni 😂. Kat bawah ni contoh lampiran & bersama surat yg cikgu letakkan dalam file fateh setiap hari.

Kalau anda seorang mak ayah yg malas cek beg sekolah anak memang KONPEM akan terlepas banyak info. Tuh jerlaaa nak citerrrr

Mama perasan dekat group sekolah anak sedara mama cikgu siap kena bgtau dekat mak bapak kerja sekolah sekian2...kena buat itu ini...itu belom kira yg mak bapak terlepas nak baca pastu cikgu kena ulang2 bgtau...Stresss betul mama tengok. Haha. Kalau korang rasa mcm tu bagus tak perlaaa..Tapi pada mama ia menggalakkan ibu bapa tak de inisiatif nak ambil tahu. Ada jer parents yg rajin ambik tahu alhamdulillah. Tapi mama tengok ramai yg suka bersuap ajer...

Sumber: FB
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Bagus Ke Whatsapp Group Guru Dan Ibu Bapa?"


~~ TENTANG PENULIS ~~