Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM 2018


PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara bagi ambilan Tahun 2018.

PPP yang berminat untuk memohon adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat P rogram Penajaan/CBBP yang disertakan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018.
Sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai program ini, boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) atau e-mel ke: epenawaran@moe.gov.my atau hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7028.
Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM.

Pengenalan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018
Analisis Permohonan Mengikut Bidang
Senarai Bidang Kedoktoran (Dalam Negara)
Senarai Bidang Kedoktoran (Luar Negara)
Senarai Bidang Sarjana (Dalam Negara Sahaja)
Carta Alir Permohonan Penajaan dan Cuti Belajar 2018
Syarat-syarat Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018
Syarat-syarat Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa (HLPS) 2018
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM 2018"


~~ TENTANG PENULIS ~~