Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pasaraya Giant Taiping Dimasuki Perompak

Pasaraya Giant Di Taiping, Perak

Sebuah pasar raya di Aulong, di sini, kerugian kira-kira RM200,000 selepas dipecah masuk lima lelaki bersenjata, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, empat pengawal keselamatan yang bertugas turut diikat dan dikurung di kawasan memunggah barang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, dua pengawal keselamatan melakukan rondaan diserang lima suspek setibanya di kawasan belakang pasar raya terbabit.

“Dipercayai suspek menyorok di kawasan berkenaan sebelum menyerang dua mangsa. Suspek dipercayai warga asing membungkus kepala dengan kain yang hanya menampakkan bahagian mata.

“Mereka bersenjatakan parang, kuku kambing dan besi telah mengikat mangsa dengan tali serta menutup kepala dengan kain sebelum diletakkan di kawasan memunggah barang,” katanya.

Menurutnya, dua rakan setugas mangsa turut dikurung bersama sebelum berjaya melepaskan diri kira-kira jam 4.30 pagi.

“Siasatan mendapati pintu besi laluan masuk kakitangan telah dipotong dan peti besi dipecahkan dan kandungannya telah lesap.

“Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gerakan dijalankan untuk mengesan kesemua suspek,” katanya.
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Pasaraya Giant Taiping Dimasuki Perompak"


~~ TENTANG PENULIS ~~