Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Perkhidmatan Bas Percuma Kuala Lumpur (GoKL Citybus)

Bas percuma Kuala Lumpur

Hari ni nak cerita pasal bas percuma di Kuala Lumpur. Sebelum ni tak tahu pun ada, maklumla...selalunya jalan2 di KL naik kereta. Kali ni tetiba nak cuba naik bas pulak. Kebetulan dari masjid negara, lepas layan mata di bazaar Jalan Tanling, terus nak ke Chow Kit.

Perkhidmatan bas ini adalah percuma untuk semua warga kota dan juga para pelancong dalam dan luar yang mengunjungi Bandaraya Kuala Lumpur. Setiap pengunjung ke pusat bandaraya ini digalakkan menggunakan perkhidmatan bas ini sebagai usaha penjimatan bahanapi, mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya dan juga mengurangkan pencemaran di ibu negara. Jadi sekiranya anda berkunjung ke Kuala Lumpur pada masa akan datang, jangan lupa untuk memanfaatkan perkhidmatan percuma ini.

Setiap laluan bas-bas ini merangkumi laluan-laluan tertentu terdiri daripada lokasi-lokasi penting termasuk pusat pengangkutan seperti KL Sentral, lokasi menarik seperti Dataran Merdeka, pusat membeli-belah Bukit Bintang, taman rekreasi dan sebagainya (lihat peta laluan sebagai panduan).

Peta Laluan 'GoKL Citybus'. (klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

Laluan Bas Merah (RED LINE)
KL Sentral
Muzium Negara
Masjid Negara
Dataran Merdeka
Medan Mara
Chow Kit (Jln Ipoh)
Terminal Jalan Tun Razak (Hentian Pekeliling)
Monorel Chow Kit
Pertama Kompleks
Dayabumi

Laluan Bas Biru (BLUE LINE)
Medan Mara
Chow Kit (Jln Ipoh)
Terminal Jalan Tun Razak (Hentian Pekeliling)
HKL (Jln Pahang)
Masjid Kg. Baru
Hotel Concorde
Pavilion
Starhill Gallery
Bukit Bintang
Wisma Boustead
Menara Hup Seng
Bukit Nanas
LRT Dang wangi
Menara AIA

Laluan Bas Ungu (PURPLE LINE)
Pavilion
Starhill Gallery
Bukit Bintang
Wisma Boustead
Wisma MPL
Bukit Ceylon
Kotaraya
Pasar Seni
Bangkok Bank
Muzium Telekom
Menara Olympia
KL Tower
The Weld
Wisma Foo Yong

Laluan Bas Hijau (GREEN LINE)
Pavilion
Starhill Gallery
Bukit Bintang
Menara KH
Wisma Rohas Perkasa
Grand Hyatt Hotel
KL Convention Centre
Citibank
Menara Atlan
KLCC
Angkasaraya
MATIC
Concorde Hotel
Life Centre

Diharap, informasi yang diberikan dapat membantu anda untuk pusing-pusing bandaraya Kuala Lumpur secara percuma.

Keadaan Di Dalam GoKL Citybus yang bersih


AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Perkhidmatan Bas Percuma Kuala Lumpur (GoKL Citybus)"


~~ TENTANG PENULIS ~~