Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit


Bahan-bahan nasi goreng:

1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering-dikisar
1 biji bawang merah-dikisar
1/2 inci belacan-dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api-diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit:

200g isi ayam-dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar-dihiris
1 biji cili besar-dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara nasi goreng:

Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
Masukkan cili padi. Kacau.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat.

Cara-cara ayam goreng kunyit:

Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.

Selamat mencuba...:)

Sumber: #ResepiUmmi
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog