Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TIPS: Cara Menghadapi Pesakit Mental


Berikutan viral tentang seorang guru di Utara tanahair yang berkelakuan kasar semasa mesyuarat sekolah. Dia dikatakan mengalami penyakit mental yang perlu ditangani dengan cara yang baik dan berhemah. Sebagai manusia normal, sememangnya kita perlu bersama-sama memberi sokongan kepada orang yang mengalami masalah tersebut.

Melalui perkongsian oleh seorang pengguna maya, di sini ditunjukkan cara dan tindakan yang perlu diambil oleh kita yang normal.

Jadi apa tindakan anda yg sihat mental?

1. Diam. Diam bila mereka mengamuk. Berbalas hujah dan berbahas tidak membantu. Proses logik org sakit mental tak sama dgn proses logik anda. Cth jika ada kucing mati, logik anda ialah kucing itu sakit atau diracun, tp logik mereka ialah kucing itu petanda ada pembunuh upahan sedang mencari mangsa. Apabila anda diam, amukan akan berhenti dgn segera. Baca ayat Kursi. Sy lihat dlm video, guru2 kebanyakannya diam dan tak melayan. Mmg itulah yg betul. Makin dilayan makin menjadi. Jadi jgn layan.

2. Hubungi pihak psikiatri di hospital DAN pusat rawatan Islam. Biar jalan dua2 rawatan.

3. Sokongan keluarga dan rakan2 adalah sgt penting. Jgn keluarkan komen negatif. Tepukan di bahu, usapan di kepala, senyuman adalah antara ubat mujarab. Buat ini semasa mereka dlm keadaan tenang, bukan semasa mereka mengamuk.

4. Jangan ambil serius apa pun yg pesakit mental katakan. Halusinasi mereka boleh jadi benar, tp kita tak boleh pastikan jika tiada bukti.

5. Jauhkan pesakit mental drp kanak2 dan org tua. Mereka boleh bertukar ganas. Mereka tidak faham belas kasihan. Ahli keluarga dianggap musuh.

6. Apabila anda ada ahli keluarga yg sakit mental, terimalah hakikat bahawa seluruh keluarga sebenarnya dlm keadaan sakit. Ada yg tak kena bila keluarga gagal menjadi support system yg efektif. Buang ego dan angkuh. Kesakitan mereka ialah suruhan Allah supaya anda dan keluarga memperbaiki hubungan. Ibu bapa adalah antara yg paling kecewa. Oleh kerana seluruh keluarga sedang 'sakit', maka berilah perhatian dan ambil beratlah kepada semua ahli keluarga termasuklah yg tak sakit mental. Makan bersama, bertanya khabar, urutan di bahu boleh membantu.
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "TIPS: Cara Menghadapi Pesakit Mental"


~~ TENTANG PENULIS ~~