Utama » » Uniknya Daerah Kerian Yang Ramai Tak Tahu

Uniknya Daerah Kerian Yang Ramai Tak Tahu


1. Dalam 1 hari, boleh makan di 3 buah negeri
-'breakfast' di Nasi Kuning, Kampung Melaka, PERAK
-'lunch' di Warung Maksu, Permatang Tok Mahat, PULAU PINANG
-'dinner' di Nuri Tomyam, Bandar Baharu, KEDAH

Warung Maksu, Permatang Tok Mahat

2. Terdapat cerita klasik tentang ban yang pecah disebabkan memakan harta anak yatim. Sawah padi telah ditenggelami air laut, tali air sawah masih kelihatan sehingga kini ketika air laut surut. Kini, BAN PECAH menjadi tarikan pemancing ikan. Setiap tahun akan diadakan pertandingan memancing ikan di sini.

Ban Pecah, Tanjung Piandang

3. Terdapat pasar 'international' yang dikenali sebagai PASAR KEMBOJA yang menjadi tarikan pengunjung dari seluruh Malaysia untuk membeli tudung, kain pasang, pakaian wanita dan macam-macam lagi dengan harga borong dan murah. Pasar ini juga sangat unik kerana pada masa yang sama peniaga berniaga di 2 buah negeri iaitu PERAK dan PENANG.

Pasar Kemboja

4. Di Kampong Dew, Selinsing. Terdapat kelip-kelip yang boleh dilihat pada waktu malam dengan menaiki bot dari jeti Kampung Dew.

Kelip-kelip Kampung Dew

5. Di Kuala Gula, terdapat santuari burung dan hutan paya bakau. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Burung Imigran Di Kuala Gula


Setakat ini dulu untuk perkongsian. Jika ada yang anda ingin kongsikan tentang uniknya daerah Kerian boleh kongsikan di ruangan komen di bawah...

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan



twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)