Utama » , » Lindsay Lohan Bertudung Semasa London Fashion Week

Lindsay Lohan Bertudung Semasa London Fashion Week

Lindsay Lohan Selfie Bersama Datin Norjuma
Lindsay juga turut  membuat video live di Instagram peribadinya yang menunjukkan dia sedang belajar memakai tudung dengan betul.

Malah dalam video tersebut, Lindsay meluahkan hasratnya yang ingin memakai tudung secara tradisional.

Lindsay sebelum ini pernah mencetuskan tanda tanya ramai apabila beberapa kali pernah tampil bertudung.

Bintang Mean Girls itu bukan hanya memakai tudung, tetapi juga mengenakan pakaian yang kemas dan menutup aurat sehingga mencuri perhatian ramai sepanjang acara itu berlangsung.

Sementara itu, beberapa selebriti tanah air yang berada di acara itu juga sempat berkongsi gambar mereka bersama Lindsay yang begitu sporting melayan tetamu dan  peminat yang mendekatinya.


Antara selebriti yang sempat berselfie bersama Lindsay ialah Datin Norjuma, dan Raja Nadia Sabrina yang turut terlibat dalam acara tersebut.

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan



twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)