Utama » » Tempat Makan Wajib Singgah Bila Datang Ipoh

Tempat Makan Wajib Singgah Bila Datang Ipoh


Paksu kongsikan tempat makan wajib singgah bila korang datang Ipoh musim cuti raya cina ni.

1. Restoran Hollywood. (Sangat popular untuk sarapan pagi dengan macam-macam menu yang penuh variasi. Yang memang sukakan makanan ala cina boleh datang cuba kat sini. Paduuuu 👌👌👌 habis wehhh......datang tau nanti).

2. Nasi Ganja. (Ini pun satu lagi tempat paling top kat bandaraya Ipoh ni. Lokasinya betul-betul kat tengah pekan dan kompem beratur panjang setiap hari. Kalau datang Ipoh tak singgah makan nasi ganja ni, korang memang rugi!!!! 👍👍👍


3. Laksa telur bersarang. (Laksa dia lain macam weiii!!! Biasa ada telur rebus kan tapi dia ada telur goreng.....korang kena rasa sekali. Kompem jilat sampai licin kikiki!!! 👏👏👏


4. Laksa polo. (Ini tempat cuci mata sambil makan laksa, keropok lekor panas2, ais kacang dan air kelapa memang femes tempat ni).


5. Mee kari LostWorld. (Ini paksu sangat-sangat rekemen kat korang yang datang ke Lost World Off Tambun, sedap gila paksu x tipu yang ni. Datang cuba sendiri).


6. Nasi Ayam Hainan. (Nasi ayam asli Ipoh mali. Simple tapi rasanya allahurabbi. Sangat asli. Cuba sekali pasti nak berkali-kali).

7. Konda Kondi. (Kalau restoran wastern ini tempat paling paksu suggest sebab sangat sedap dan harga dia murah berbaloi-baloi untuk buncitkan perut melayu kita ni).


8. Warteg. (Yang mana sukakan kelainan wajib singgah pekena makanan kat sini).

9. Anitas Tomyam. (Kedai makanan panas paling best la bagi paksu kat bandar Ipoh......kalau korang rasa nak makanan Thailand pure memang xde tempat lain dah wajib datang sini.

10. Rojak dan ais kacang Padang Ipoh. (Kuah rojak dia manis manis pekat leleh oiii).

11. Mee kicap. (Lokasi dia betul2 tengah pekan tepi jalan raya dan paksu dah cuba banyak kali. Tambah-tambah dah lama duk Ipoh ni memang wajib datang even setahp sekali.

12. Roti goyang Dato Sagor. (Deretan kedai berbilang bangsa ada melayu, cina, india berniaga betul2 depan Masjid Negeri Ipoh. Nak makan apa semua ada tinggal perut masih muat tangki ker tak je lagi. Hihihi).

Dan last sekali.

13. Lauk bujang rumah paksu kikikiki!!! Ini memang xde jual kat tempat lain melainkan rumah paksu jer, singgah la nanti. 🤣🔫

Selamat bercuti dan selamat mencuba makanan2 sedap kat negeri Perak ni. Gong xi gong xi!!!!

Sumber: FB

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan



twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)