Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

PNB akan mengkreditkan bonus khas sebanyak satu sen seunit bagi 10,000 unit pertama SAHAJA kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) hari ini, sempena ulang tahun ke-40 PNB pada 17 Mac 2018.

Bonus khas  itu, yang diumumkan pada Disember 2017, berjumlah RM255.12 juta beserta pengagihan pendapatan dan bonus yang telah diagihkan sebelum ini sebanyak RM10.48 bilion, akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang melanggan lebih 145 bilion unit ASB.

Pengagihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 telah dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari, 2018.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata dalam satu kenyataan hari ini, bonus khas ulang tahun itu merupakan penghargaan PNB kepada pemegang unit yang sentiasa setia menyokong mereka selama ini.

“Hari ini, syarikat pengurusan unit amanah PNB iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia dengan 228 bilion unit dalam edaran yang mana 67.3 peratus adalah unit-unit ASB.


“Kami amat menghargai sokongan pemegang unit dan gembira untuk menghadiahi mereka bonus khas ulang tahun yang dibayar daripada dana proprietari PNB sendiri,” katanya.

PNB berkata, dengan ini, lebih 7.5 juta pemegang unit dengan pegangan sehingga 10,000 unit akan menerima pulangan efektif sebanyak 8.25 sen seunit manakala tambahan 1.7 juta pemegang unit akan menerima sekurang-kurangnya 7.25 sen seunit.

“Pengiraan pengagihan bonus khas adalah tertakluk kepada purata baki bulanan minimum selama 12 bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, bagi 10,000 unit pertama sahaja,” kata PNB.
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40"


~~ TENTANG PENULIS ~~