Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Makan Durian

Ramai antara kita adalah penggemar durian. Sebelum kita makan durian, elok kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang buah durian.


a. Durian kaya  bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

b. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau)  bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.

c. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi.
Ia boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan 'Ketoacidosis' dan sangat merbahaya.

d. Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialysis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung!
Kandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG) menunjukkan sinus arrest dengan kadar denyutan jantung bawah 40 perminit - Haemodialysis kecemasan perlu dilakukan atau pesakit boleh mati mengejut akibat kegagalan jantung!

e.  Kepada pesakit yg mengalami masalah jantung dan sedang mengambil ubat-ubatan spt Frusemide dan Slow K juga tidak patut mengambil durian kerana kandugan Potasium yang tinggi dalam durian boleh menyebabkan jantung pesakit berdenyut tidak normal dan boleh menyebabkan mati mengejut!

f. Elak makan durian bersama paracetamol @ alhohol dan minuman bergas seperti coca-cola kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik kepada badan.

g.  Sakit kepala lepas makan durian.

1. orang yg memang ada sejarah migraine - durian boleh 'trigger' serangan migraine.
2. Org yg ada darah tinggi yg tidak terkawal - semasa makan durian denyutan jantung akan bertambah dan ini menyebabkan sakit kepala.
tetapi sekiranya darah tinggi terkawal, perkara ini tak akan terjadi.
3. Durian mengandungi kolesterol dan lemak yg tinggi..
sekiranya diambil terlalu byk, paras kolesterol akan naik mendadak dan akan menyebabkan pening dan sakit kepala.

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.

Kpd pesakit kencing manis, kpd yg menghidap masalah jantung dan kepada pesakit buah pinggang kronik (sama ada yang sudah kena dialysis atau belum)  boleh terus lupakan durian dlm hidup anda!

kredit:fb
#musimDurian
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Makan Durian"


~~ TENTANG PENULIS ~~