Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Rempah Kari Buatan Sendiri


Masa kecik dulu , mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang MakCik untuk di giling , Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu , saya masih ingat bahan2 ni ,
Bahan untuk buat Rempah Kari Ikan.

10-12 biji cili kering
3 sb rempah biji ( ketumbar )
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup
10-15 biji lada hitam
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis

Semua bahan dibasuh , tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup , Kemudian blend kesemuanya sehingga betul2 halus.
Sedia untuk dibuat kari .
Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi.

Kari ikan yang telah dimasak menggunakan rempah buatan sendiri.


Sumber FB
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Cara Buat Rempah Kari Buatan Sendiri"