Utama » » Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin

Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin


Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang semasa bersalin ;

Ikan kembung - gatal
Ikan cencaru - tajam
Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
Ikan sardin - gatal

Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa
Sayur kangkung - sejuk dan angin
Timun - sejuk
Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
Kacang tanah - angin
Telur - gatal

Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah

Santan - sejuk dan angin

Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-
✅ Ikan haruan
✅ Ikan selar
✅ Ikan gelama
✅ Ikan merah
✅ Daging
✅ Sayur sawi
✅ Sayur carrot
✅ Sayur brokoli
✅ Buah oren manis
✅ Kismis
✅ Kurma
✅ Madu
✅ Habbatussauda'
✅ Susu kambing
✅ Halia
✅ Bawang putih
✅ Lada hitam
✅ Ulam pegaga

Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng .

Jenis masakan paling disyorkan ;
👍 Sup
👍 Bakar
👍 Rebus

Jenis minuman disyorkan ;
👍 Jus oren manis - bagus untuk luka
👍 Air milo panas
👍 Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
👍 Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
👍 Air rebusan kunyit
Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .

👉 Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .

👉 Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya , nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .

👉 Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas .

"Selamat Berpantang"

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan



twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)