Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Simpan Ubat Demam?

SIMPAN UBAT DEMAM?

Soalan: Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?
.
Jawapan:
.
Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja.
.
Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit.
.
Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.
.
Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan.
.
Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka.
.
Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.
.
Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat.
.
Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.
.
Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam.
.
Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.
.
Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya.
.
Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.
.
Nota kaki
.
Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak.
Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing.
Buang ubat yang tak perlu okay.
.
Belajar sesuatu?
.
Bukan tak berjimat tapi untuk selamat
.
Kredit: Salinda Sopian (pharmacist)
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Simpan Ubat Demam?"


~~ TENTANG PENULIS ~~