Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cerita Dalam Group Wasap Sekolah Anak


Belum 7 hari sekolah tapi aku rasa nak gila dah dengan group sekolah anak aku. 😂😂

Tolong la mak bapak jangan buat macam ni

1) cikgu tu seorang, ada 32 budak dia nak tengok. Gila apa dia nak belek satu satu aksesori anak kau cukup or tak dalam beg setiap hari sebelum balik

Kalau tak cukup, kau patut salahkan anak sendiri kenapa tak jaga barang, bukan suruh mak bapak lain geledah beg demi anak kau.

Barang hilang tu normal, sebab tu masuk sekolah tak boleh beli barang mahal kat anak kalau kita hati jenis tisu,barang hilang nak marah. Please la.

Jaga barang tu adalah proses anak belajar untuk lebih tanggungjawab dengan barang peribadi.

2) Tercakar, terluka, tertolak, tergolek sebab kawan buat, dan kawan SUDAH minta maaf, ajar anak untuk memaafkan.

Bukan mak bapak masuk sekali.
Anak kita pun bukan BAIKKKK sangat, kalau dia buat orang atau dia mula kan dulu, mana kita tahu.

Kawan dah minta maaf sebab bersalah untuk kali pertama, tak payah nak panjang-panjangkan.

Kalau kes tu berulang 3kali, tak yah membebel dalam group, pergi sekolah, jumpa cikgu dan minta budak yang buat tu ada sekali depan cikgu. Haa.. Bincang dedepan. Pastu nak tomoi ke apa, lantak korang.

3) Bila ada mak bapak update anak tak hadir sekolah, DIA NAK BAGITAHU Cikgu sahaja.

Mak bapak yang lain, tak payah nak bagi nasihat, tak payah nak wish bagai, sebab bila sorang start, yang lain ikut meleret-leret, sampai 10kalo scroll pun tak habis nak baca wish, nasihat korang woiiiiii

Mak bapak lain pun bukan bodoh sangat, dan dia tak mintak advise kau.

Nak wish, nak nasihat, pergi PM personal,
Bila korang meleret-leret dalam tu, msg mak budak yang tak hadir pun hanyut ke atas, kalau cikgu tak perasan msg tu, maklumat tak sampai!

Nak doakan pun tak yah tulis, doa urusan dia di mudahkan dalam hati. Bukankah dia senyap-senyap tu lebih baik?

4) Bersyukur tu bagus, tapi tolong la jangan jadikan group sekolah anak macam group motivasi. Aku dah letih woi. Ingat urgent apa la update kat dalam tu, tapi banyak baazir masa kat situ.

5) kalau anak hilang duit sebab kecuaian peribadi, marah anak! Bukan suruh cikgu cari satu sekolah sebab duit anak kau hilang.

Anak tak mati pun kalau duit hilang sebab cuai dan tak dapat makan. Kalau anak aku, pertama sekali aku akan cakap, PADAN MUKA, kenapa tak jaga duit sendiri baik-baik. Lapar? Itulah akibatnya bila tak bertanggungjawab.

Anak tak kan mati bila tak dapat makan waktu rehat. Tapi otak dia akan ingat sampai mati akibat kecuaian sendiri. Itu namanya belajar

Itulah namanya sekolah kehidupan.

Last sekali,
Tolong guna otak cerdik,
Jangan paksa cikgu reply hujung minggu, waktu malam, cikgu tu bukan dapat OT pun layan korang di luar waktu

If takut lupa, nak tulis juga, tulis la baik-baik. Minta maaf sebab ganggu luar waktu kerja,
Jangan suruh cikgu reply segera demi kepentingan peribadi korang.
Kalau dia reply di luar waktu tu bersyukur lah.

Cukuplah setakat itu,
Aku letih tak habis lagi
Mana nak kejar sekolah anak
Mana nak kejar kerja.

Pestime anak mak darjah 1
Zzzzz

Sumber FB
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Cerita Dalam Group Wasap Sekolah Anak"


~~ TENTANG PENULIS ~~