Utama » » Tips Bercuti Ke Bandung Indonesia

Tips Bercuti Ke Bandung Indonesia


Saya n wife baru balik dari jakarta-bandung. Naik train dari jakrta ke bandung. Ticket boleh beli dekat traveloka id. Better beli awal dari sini. Sbb sana sekrang mmg ramai yg naik train. Takut ticket abis.

Sampai je airport sana ada wifi. Jgn beli simcard di airport. Beli simcard dekat kedai telkomsel si luar. Boleh mintak grab tu singgah kan sebab dekat dgn station train gambir. Murah. Dalam 60.000 idr. Sekali data 8gb.

Sampai airport nak ke station train gambir boleh amik grab/gojek. Dekat airport ada tempat pickup grab.

Download apps gojek sekali pastu boleh pilih mana yg murah. Kalau jalan2 area bandar bandung lagi saran kan pakai grab/gojek je. Lagi jimat. Kecuali kalau family besar better pakai supir. Nak supir boleh contact Dudi Family's  bagus pak supir ni. Dah byk kali saya ke sana mmg pakai pak dudi ni je. Harga pun murah dari yg lain. Kalau ada anak kecik dia siap ada asst yg boleh jaga kan anak kita kalau kita pergi shopping. Nama dia ibu ummi. Bayar seikhlas hati.

Tempat2 yg best di bandung:
(Sediakan jela duit byk2 sbb sini semua nya pakai duit, tapi mmg berbaloi tak akan menyesal)
(Yg ini disarankan pakai supir/driver)

The lodge maribaya
Dusun bambu
Dago dreampark
Farmhouse lembang
Floating market
Orchid cikole
Kawah putih
Paris van jaya(bunga matahari)

Makan:
Kampung daun
Sari bundo
Rumah makan bumus/bumas
The valley
The stone cafe
Sapu lidi
Warung upnormal

Byk lagi tempat2 best n makan2 yg best dekat sana.
Org2 bandung mmg peramah. Beza dengan org jakarta.

Nak shopping kain di pasar baru kedai dfashion masa saya pergi situ yg murah dan okay.

Mmg selalu pun pergi sana untuk beli kaun raya. Tapi resit kene simpan untuk kastam malaysia check. Bab harga dekat resit tu pandai2 la kan. 😉

Nak shopping di pasar baru pulak untuk benda2 lain kalau boleh nego harga 3kali rendah dari yg dorang bagi. Dorang tak bg harga kita tu, kita kluar je dari kedai tu. 70% dorang akan pggl balik dan bg harga yg kita nak. 😂

Kalau di jakarta ada mangga dua mall dan tanah abang (yg jakarta ni mmg syurga shopping untuk wanita)

Factory outlet di bandung pun byk. Tapi kalau factory outlet ni tak boleh mintak kurang. Dan lagi satu harga factory outlet ni mahal sikit sbb dia barang2 yg ada nama.

Sana jalan mmg sentiasa macet/jem.
Boleh la merasa naik goride/gobike dorang.

Selamat bercuti. 😊

Sumber FB

SHARE


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)