Utama » , » Tips Percutian 2D1N Ke Singapura

Tips Percutian 2D1N Ke Singapura

Bugis Street, Singapore
Short 2D1N trip to Singapore lenggang kangkung seret tongkat.
Tak shopping, tak la food hunting sbb dah kali ke 3 ke sini.
Semoga boleh buat panduan untuk korang 😁

1st day
▪️Bus Termerloh - Larkin (sampai 4am) (RM35) lepak kat kedai mamak smpai pukul 8 sbb malas nak bersesak2 kat immi dgn yg nak masuk kerja.
▪️Bus Larkin (8:30am) - Kastam Immigration Malaysia (RM3.30)
▪️Lepas settle scan passport dekat Kastam MY, turun ke bawah naik bas 170x, heading to Kranji. (RM2) simpan ye tiket untuk naik semula kejap lagi.
▪️Turun semula dekat kastam SG untuk cop passport (2 jam lebih k beratur padahal org x ramai pun and dah lepas waktu rush hour) then cari balik bas nombor 170x, tunjukkan tiket yg tadi.
▪️Bus drop off dekat MRT Kranji station, turun & beli EZlink card (SGD12 + Topup SGD10) banyak je baki tapi saje untuk kegunaan dtg singapore next time.
▪️Kranji MRT - Jalan Besar MRT untuk pergi drop off bag dekat Hostel. Central 65 Hostel (RM70 / night / person) hostel 300m dari MRT.
▪️Jalan kaki dari hostel ke (dalam 2km gitu dari hostel tapi we ols jalan kaki je sebab nak jimat duit hakhak)
✨ Bugis Street
✨ Sultan Mosque
✨ Arab street
✨ Kampung Glam
✨ Haji Lane
✨ Makan Kunafa Lepak at Rayz. (SGD20 2 org makan, so SGD10/pax)
▪️Jalan kaki semula ke hostel untuk check in and rest. OKU ni mmg kena rest banyak sikit hehe.
▪️MRT Jalan Besar - MRT Bayfront
✨ Marina Bay Sand
✨ Merlion statue
✨ Helix Bridge
✨ Garden by the bay
✨ Garden Rhapsody light show
✨ OCBC Skyway (SGD8)
▪️MRT Bayfront - MRT Jalan Besar.
▪️Singgah convenient store, beli megi & drinks 😂 balik makan kat hostel sbb hostel ada air panas. (SGD7)
▪️Tidur tapi roommate bising mcm hawau hahaha. Adatla tidur hostel, kongsi bilik dgn lagi 6 org.

2nd day
▪️Check out hostel.
▪️Jalan ke Arab Street untuk pekena nasi beriyani. Before this dah try ZamZam so kali ni kitorang try Victory pulak. Lebih prefer ZamZam actually. (SGD16 - 2 org makan, so SGD8 la)
▪️Jalan kaki ke MRT Bugis
▪️MRT Bugis - MRT Changi Airport.
✨ JEWEL CHANGI - Dia shopping mall and ada indoor waterfall besar dalam tu. Free je entrance, turun je MRT terus nampak signboard JEWEL, follow je signboard tu.
▪️We decided to just head back to Johor sbb dah pernah dtg tmpat2 yg di plan tapi korang boleh je terus visit other places mcm
✨ Little India
✨ Chinatown
✨ Sentosa untuk bergambar dgn USS Globe (SGD4)
▪️Naik MRT Changi - MRT Woodland
▪️Tak ingt bus nombor berapa, cari je signboard ke JB Central
▪️Bayar bus guna EZlink, baki dalam EZlink tu boleh redeem semula ye, tapi card dh invalid lepas tu. So kalau nak redeem, kena standby cash untuk bus ye. Cash kena cukup2 sbb x de duit baki.
▪️Dari immi MY, Jalan kaki je untuk ke JB Central, jgn naik bas pulak hehe.
▪️Jalan2 JB, kembali ke Larkin naik bas semula ke Temerloh (RM35)

Total spent :
✨ Temerloh - Larkin - Temerloh (RM70)
✨ Bus ke Singapore (RM5.30)
✨ EZLink - SGD22 - masih ada je baki.
✨ Makan - SGD21
✨ OCBC Skyway - SGD8
✨ Hostel - (RM70)

RM145.30
SGD51 x RM3.10 =158.10
Total : RM303.40

Total jarak jalan kaki almost 30km, gigih tau seret tongkat. Sangguppp k semata2 nak jimat x nak guna grab 😂

Nak lagi jimat, bawak botol air and bawak la makanan sendiri haha. Botol air tu topap siap2 kat hostel, banyak je free water refill kat SG

SHARE


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)