Utama » » Penginapan Hotel Murah Di Mekah

Penginapan Hotel Murah Di Mekah

Review hotel untuk yang betul-betul nak jimat, tak kisah jalan sangat & nak stay lama

Saya nak share hotel yang kami duduk di Makkah selama 9 hari baru-baru ni. Nama Hotel: Al-Raqi Plaza Hotel, Makkah. Kami buat umrah DIY.

Al-Raqi Plaza Hotel, Makkah
Harga sebilik untuk 4 orang, RM 65/semalam. Kami book di booking.com. Kami 4 orang tapi dia bagi bilik yang 5 orang.
Ruang dalam bilik tidur hotel
Terletak di al khandamah, As-Sulimanyyah, berdekatan dengan babus salam, gate Marwa. 1.1km dari masjid. Hotel ni ala-ala apartment. Bersih, Lengkap dengan kemudahan.

Kemudahan yang diberi:
1) Free shuttle van anytime. (Kalau ikut waktu solat pun ada juga, 20 minit sebelum solat mereka hantar, 30 minit lepas solat mereka ambil) Kalau nak buat umrah balik sampai 2 pagi pun mereka ambil. Banyak kali ulang alik pun tak apa. Freeee.

2) wifi yang laju disetiap aras. Tak perlu risau kalau ambil plan prepaid yang murah. Laju sangat nak facetime, video call family.

3) washing machine! Ini yang paling menarik. washing machine (semi-auto) akan dihantar ke bilik, kita boleh basuh sendiri di bilik dan jemur baju di tingkat atas. Tapi kami jemur dalam bilik je 😅 takut baju terbang pula. Jadi jimat duit dpd nak hantar laundry, dan tak bnyk tenaga habis basuh baju sendiri.

4) small kitchen. Ada sinki dan kabinet kecil. Ada peti ais kecil. Kami bawa rice cooker, so boleh lah nak masak kat situ. Tapi boleh je nak tumpang masak kat dapur dia. Ada kat lobby. Beria sikit la kalau nak masak tu. kami bawa brahim je. Just masak nasi.

5) staff yang sangat sangat baik. Friendly dan bersedia je nak tolong apa2.

Staf Reception yang boleh bercakap English
katan dengan kedai runcit. Nak beli roti ke air ke boleh je, harga pun murah lagi dari kawasan madinah. Bawang, ayam frozen, kentang, oren, tomato pun ada jual!

Apa yang tak best sikit, hotel ni terletak atas bukit, jd kena mendaki sikit. Tak ada tv. (Tp bukan nak tgk sgt pun 😄) . Van akan drop kita kat kawasan sebelum stesen saptco, jadi kena jalan sikit masuk dalam.

Laluan ke Masjidil Haram agak berbukit
Hotel murah mur ni tak ada lah breakfast/lunch semua. Memang bajet dan boleh cari makanan sendiri sebab area hotel banyak sangat kedai makan pakistan, arabs.

Dekat kawasan sini ada je lagi hotel2 bajet lain, tapi tak sure satu malam berapa. Oh ya dekat juga dengan TH abraj hotel.

N.B: Tak dapat apa pun review ni cuma rasa terharu dapat staff hotel yang baik dan saja nak kongsi kalau2 ada yang nak cari tempat murah2 dan nak stay lama. 😊

Wallahua’lam.

Sumber FB Backpack ke Mekah

SHARE


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)