Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Teh Masala

Teh Masala adalah teh susu khas India yang mencampurkan segala kebaikan rempah-rempah. India adalah penghasil rempah terbesar di dunia dan juga penghasil teh terbaik di dunia, maka dari inilah munculnya Teh Masala ini.

Bahan-bahan:
Air – 2L/3L
Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar

Bunga cengkih dan buah pelaga

Jintan manis

Kayu manis

Halia

Susu pekat
Susu segar
Susu tepung
Gula

Cara-cara:
Panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk.
Masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.
Masukkan bunga cengkih dah buah pelaga.
Masukkan juga jintan manis.
Masukkan kayu manis.
Tumbukkan halia.
Masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih.
Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan.
Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan.
Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan satu cawan susu segar.
Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat.
Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati.
Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
Kacau semua bahan.
Tarik dulu sebelum minum macam kedai mamak buat.
Siap untuk diminum!
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Resepi Teh Masala"


~~ TENTANG PENULIS ~~