Utama » » Tali Pusat Bayi

Tali Pusat Bayi

Kebanyakan kes bayi yang dah pulang ke rumah beberapa hari lepas tu kena admit masuk wad balik biasanya sebab terkena jangkitan kuman.

Dan antara tempat paling mudah dapat jangkitan kuman ialah pada tali pusat bayi kita!

Ini tanda biasa yang kami jumpa pada tali pusat bayi yang terkena jangkitan kuman:

👉 Tali pusat tu dan kawasan sekeliling jadi merah merah

👉 Ada jugak sampai jadi bengkak luar biasa kat situ

👉 Nanah kuning atau cairan berwarna meleleh keluar dari tali pusat

👉 Kadang tu tak ada nanah pun tapi tali pusat tu berbau busuk

👉 Bayi tiba-tiba je demam tinggi

👉 Bayi enggan menyusu dan nampak lemah

Jika baby ada tanda-tanda ni, kena cepat-cepat bawa ke klinik kesihatan atau hospital terdekat. Kita takut kalau terlewat, jangkitan pada tali pusat anak kita tu boleh merebak ke dalam darah akhirnya menjejaskan fungsi organ penting dalam badan.

Waktu tu nyawa si comel pun boleh melayang!

Sebab tu saya harap sangat mak ayah yang baru terima cahaya mata, tolonglah hati-hati. Jangan sampai terbuat 7 benda ni kalau tak nak tali pusat anak kita tu terkena jangkitan:

❌ Tolong jangan sampai tertutup sekali bahagian tali pusat masa pakaikan pampers dekat bayi kita. Najis dan air kencing anak kalau terkena kat tempat tu boleh jadi punca jangkitan kuman.

❌ Tolong jangan biarkan kawasan tali pusat tu dalam keadaan lembab. Tiap kali lepas mandi atau tukar lampin, terus bersihkan dan keringkan sekali. Kuman suka sangat membiak kat situ kalau selalu basah dan lembab.

❌ Tolong jangan letak apa-apa ubat kecuali ubat yang dapat masa keluar hospital. Cukup gunakan kapas bersih dan basahkan sedikit dengan air bersih atau cecair yang dibekalkan tadi masa nak bersihkan kawasan keliling pusat bayi tu.

❌ Tolong jangan sesekali berani sentuh bahagian tali pusat tu kalau belum cuci tangan dulu. Kita tak nampak kuman jenis apa yang bersepah kat tapak tangan kita ni. Imuniti kita mungkinlah kuat kalau terkena jangkitan kuman tu tapi bayi tak.

❌ Tolong jangan ditarik-tarik tali pusat tu nak paksa tanggal cepat cepat. Tak pasal-pasal nanti berlaku pendarahan dari situ. Selalunya dalam 3-10 hari tali pusat tu automatik akan luruh sendiri.

❌ Tolong jangan sesuka hati sapu bedak/ losyen / minyak gamat kat kawasan tali pusat tu.

❌ Tolong jangan saja-saja duk simpan tali pusat tu kalau dah luruh. Kadang ada yang kata konon nak buat kenangan la apa. Sebaiknya untuk orang Islam lepas je tali pusat luruh terus je tanam jika dah tak ada apa-apa kepentingan.

Sepatutnya semua mak ayah yang tengah tunggu nak sambut cahaya mata atau baru je terima kelahiran wajib kena tahu ilmu mahal ni.

Lepas je korang baca ni, tolong saya #sebarkan pada mak ayah yang lain ya. Kesian sangat tengok si comel umur baru je berapa hari dah kena cucuk dan admit masuk wad sebab terkena jangkitan kuman kat tali pusat macam ni.

Sumber Fb

SHARE


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)