Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Etika Semasa Menghadiri Mesyuarat Atau Latihan Secara Online

Etiket Semasa Menghadiri Mesyuarat / perjumpaan/ latihan “online”

1. Tepati masa. Masa untuk mula dan masa untuk tamatkan sesi online. Ramai orang merasa selesa di rumah tetapi hormatilah masa orang lain. 

2. Penampilan kemas. Jangan pakai baju tidur / pakaian di rumah yang seksi, rambut yang tidak terurus, dan sebagainya. Nampak profesional, sekurang-kurangnya pinggang ke atas.

3. Jaga latar belakang. Jangan nampak rumah / bilik bersepah, katil berselerak, almari terbuka dll. Latar belakang yang menarik seperti rak buku, lukisan, sedikit pasu atau hiasan akan nampak lebih profesional. 

4. Elakkan makan dan minum, mengunyah ‘chewing gum’ sewaktu bermesyuarat dengan pelanggan, rakan sepejabat dll.

5. Sentiasa uji / test dulu laptop, speaker, internet, aplikasi yang akan digunakan untuk mesyuarat/ perjumpaan/ latihan secara online.

6. Pastikan bateri laptop / telefon bimbit / tablet penuh. Sentiasa standby charger.

7. Cahaya mestilah mencukupi. Buka tingkap atau nyalakan lampu. Jangan pula berlatar belakangkan tingkap terbuka yang menyebabkan cahaya terus ke kamera dan menyebabkan video nampak gelap.

8. ‘Angle’ kamera terbaik adalah pinggang ke atas (angle selfie).

9. Fokus dengan ‘eye contact’ pada kamera. Beri perhatian sepenuhnya dengan tidak main phone, menaip keyboard, mengetik pen tak henti, membelek kertas, usap kucing dll. 

10. “Mute” mikrofon bila tidak bercakap.

11. Elakkan lokasi yang bising. Tutup pintu dan tingkap kemas-kemas, telefon bimbit dalam mode senyap, matikan tv & radio. Maklum pada ahli keluarga / rakan serumah yang kita sedang buat video secara online.

12. Jangan lupa ucap terima kasih sebaik berakhirnya sesi mesyuarat / perjumpaan / latihan.

Sila share sekiranya membantu & bermanfaat.

#protokol

#etiket

#protocol

#etiquette

#grooming

#adab

#hormat

#penampilan

AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Etika Semasa Menghadiri Mesyuarat Atau Latihan Secara Online"


~~ TENTANG PENULIS ~~