Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Uji Pendengaran



Seorang suami yg berumur 70 thn ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 65 tahun.

Dari jarak 10 meter suami memulakan dialognya.

Suami: 
_"Awak masak apa hari ni?"_
Dia mendapati isterinya senyap.

(Dari jarak 7 meter pula)
Suami: 
_"Awak masak apa hari ni?"_
Dia mendpti isterinya senyap.

(Dari jarak 5 meter pula)
Suami: 
_"Awak masak apa hari ni?"_
Dia masih mendpti isterinya senyap.

(Dari jarak 3 meter pula)
Suami: 
_"Awak masak apa hari ni?"_
Isterinya senyap juga.

(Dari jarak 1 meter; dgn suara yg agak keras)
Suami: 
_"Awak masak apa hari ni?"_

(Kali ni si isteri terus menjawab)
Isteri: 
_"Awak ni apa hal? Pekak? Dah 5 kali saya jawab, awak dok tanya lagi."_

😂😂😂

Kadang2 kita rasa kita betul.
Sebenarnya ada masanya orang lain yg lebih betul.

*Betulkan Yang Biasa.*
*Biasakan Yang Betul.*
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog