Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Daging Masak Hitam Mamak Nasi Kandar


DAGING MASAK HITAM MAMAK NASI KANDAR PULAU PINANG

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg daging lembu (dipotong hiris ikut urat daging 16 keping)
  • 2 biji bawang besar , dipotong hiris memanjang
  • 5 peket kecil atau 2 senduk besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (optional)
  • 2 senduk besar cili kisar (boleh +/- ikut kepedasan yang diinginkan)
  • 250 gm santan pekat (jika suka)
BAHAN UNTUK KISAR/TUMIS :
  • Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
  • Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
  • Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
  • Daun pandan di potong 3″ sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
  • 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
  • Kicap Pekat Mee (tamin amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
  • Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:

❀   Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikkan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit.
❀   Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala) , daun pandan, daun kari, dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.
❀   Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
❀   Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
❀   Masukan cili kisar / cili giling kacau rata. Selepas 3-4 minit masukkan rebusan daging bersama airnya sekali. Kacau rata.
❀   Masukkan serbuk kari, jintan putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
❀   Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlu). Masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). Kacau rata. Padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

Hidangan untuk : 10 orang


**NOTA Penyediaan Cili Kisar:
Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili  kecil-kecil dengan gunting mengikut 45 darjah. Rebuskan sehingga cili lembut secara biasa biji-biji cili akan gugur. Bersihkan rebusan dengan penapis. Kisar cili mestilah 1 bahagian cili di balang pengisar dan 1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar. Gunakan hanya 3/4 bahagian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang. Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisar.Elakkan menggunakan bahan panas dikisar. Ini akan menumpulkan pisau pengisar. Tentukan setiap kali habis mengisar bersihkan balang pengisar dengan betul. Tentukan cili kisar ditutup rapat dan disimpan di bahagian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

1 ulasan for "Daging Masak Hitam Mamak Nasi Kandar"


~~ TENTANG PENULIS ~~