Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
TERKINI: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

➡️ Bantuan Khas Covid-19 

• Miskin Tegar:
RM1,300 (Isi Rumah) 
RM500 (Bujang)

• B40:
RM800 (Isi Rumah) 
RM200 (Bujang)

• M40:
RM250 (Isi Rumah) 
RM100 (Bujang)

➡️ Bayaran tambahan BPR sehingga RM500 ringgit pada bulan Julai dan ia secara berperingkat mulai esok, 29 Jun. 

BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100-RM1,400 akan dibayar pada bulan Sept. 

➡️ Diskaun bil elektrik 5-40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan, berkuatkuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

➡️ Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi
utama negara bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian secara percuma sehingga 31 Dis.

➡️ Bantuan Kehilangan Pendapatan pada Oktober sebanyak RM500. Ia disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

➡️ KWSP perkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. 

Menerusi i-Citra, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan.

Permohonan di portal dalam talian i-Citra icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021. 

Pembayaran pertama dijangka dikreditkan pada bulan Ogos 2021.

➡️ Moratorium 6 bulan TANPA SYARAT diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Permohonan akan dibuka 7 Julai 2021.

➡️ Kerajaan akan menyelaras kadar pembayaran elaun khas kepada 14 ribu barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam PICK daripada RM200 kepada RM600 selama enam bulan bermula Julai 2021.

Akan dikemaskini.
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)"


~~ TENTANG PENULIS ~~