Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Permohonan Rayuan BPR Online Mulai 15 Jun 2021


Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seperti diumumkan dalam Program Pemerkasa Tambahan pada 31 Mei 2021, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.

“Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang permohonan rayuan BPR online untuk makluman bersama.

Isi Kandungan
Tarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Panduan Permohonan Rayuan BPR Online
Kelulusan / Tarikh Bayaran Rayuan BPR
Jumlah Bayaran
Cara Mohon e-Janji Temu Kaunter Perkhidmatan Bantuan Khas Kerajaan (BKK)
Maklumat Lanjut

Tarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Untuk makluman, anda boleh membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.

Panduan Permohonan Rayuan BPR Online
Permohonan Rayuan BSH 2020 dengan mengikuti langkah berikut:

Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Dokumen Sokongan Bagi Kod Tidak Lulus

Mohon rujuk pautan berikut bagi Kod Alasan Tidak Lulus dan Tindakan / Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik / dilampirkan semasa permohonan rayuan melalui di bawah
https://bpr.hasil.gov.my/Dow...

Kelulusan / Tarikh Bayaran Rayuan BPR
Selepas pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).

Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya lulus proses rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 ini adalah seperti berikut;



Cara Mohon e-Janji Temu Kaunter Perkhidmatan Bantuan Khas Kerajaan (BKK)
Jika anda ingin membuat permohonan janji temu dengan LHDN, sila rujuk sistem e-Janji Temu melalui langkah di bawah:

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Panduan Permohonan Rayuan BPR Online Mulai 15 Jun 2021"


~~ TENTANG PENULIS ~~