Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kari Kepala Ikan Ala Nasi Kandar Mamak

Resepi Kari Kepala Ikan Ala Nasi Kandar Mamak

Ikan yang paling sedap dimasak kari kepala ikan ialah ikan seperti ikan merah, ikan siakap atau ikan siakap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 ketul besar kepala ikan yang telah dibersihkan (ikan merah, ikan siakap atau ikan siakap)
*kepala ikan yang besar biasanya ikannya berat dalam lingkungan 2-4 kg seekor.
150 gm santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
2 biji tomato (dipotong empat)
6 biji bendi - basuh dulu baru dipotong tangkainya
2 biji cili merah
1 senduk besar minyak masak
Garam secukup rasa.

Bahan-bahan B (ditumis):
1 sudu kecil halba campur
2 biji bawang besar dipotong dan dihiris
3 helai daun kari.
Bahan-bahan B (dikisar atau ditumbuk):
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan-bahan C (disatukan dan dibancuh dengan sedikit air):
125 gm rempah ikan
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan)


CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali. Masukkan halba campur.

Apabila naik bau, masukkan bawang besar yang dihiris dan daun kari.

Apabila hirisan bawang bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang putih dan halia. Kacau rata dan kemudian masukkan kisaran bawang besar.

Apabila tumisan mula mendidih, masukkan bahan-bahan C dan biarkan sebatian kari masak hingga terbit minyak.

Masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, dan biarkan ia mendidih selama 5 -10 minit.

Perlahankan api dapur dan masukan kepala ikan. Biarkan kepala ikan ini masak selama 15-20 minit.

Masukkan santan/susu cair dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan berhati-hati supaya kepala ikan tak pecah/ hancur.

Apabila kepala ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika dan tutup api dapur. Tudung periuk dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas.

Siap !!!
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Resepi Kari Kepala Ikan Ala Nasi Kandar Mamak"


~~ TENTANG PENULIS ~~