Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maghribi Negara Cantik Untuk Dikunjungi

Maghribi atau juga disebut sebagai Morrocco merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Negara ni mempunyai jumlah penduduk seramai 34,314,130 orang dan berkeluasan sekitar 447,000 kilometer persegi.

Maghribi juga bersempadan dengan lautan Atlantik Utara dan laut Mediterranean jadi mungkin ramai yang ingat negara ni seperti kawasan yang dikelilingi oleh gunung atau hanya padang pasir. 

Ibu negara bagi Maghribi ialah Rabat, mempunyai penduduk sekitar 580,000 orang dan merupakan bandar ketujuh terbesar dinegara ini yang merangkumi kawasan seluas 117 kilometer persegi. 

Ingat tak lagu popular Casablanca tu? Tempat ni juga terletak dalam negara Maghribi, tempat ni berkeluasan kira-kira 220 kilometer persegi dan bilangan penduduknya mencecah 3 juta orang.

45% jumlah pekerja di negara ini kebanyakannya bekerja dalam sektor agrikultur. Akan tetapi, hanya 19% kawasan tanahnya yang boleh diusahakan oleh kerana negara mereka ni sering dilanda kemarau sekali dalam 3 tahun.

Di negara ni 99% penduduknya merupakan orang islam dan agama islam memainkan peranan penting dalam institusi negara. Kalau datang sini korang tak perlu la risau tentang makanan halal ke tak. 

Kawasan pelancongan memang banyak terutama kawasan pantainya yang cantik, bukan tu je korang boleh pergi juga ke kawasan gurun dan pergunungan, senang cerita Maghribi ni dia tapau banyak benda.











AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Maghribi Negara Cantik Untuk Dikunjungi"


~~ TENTANG PENULIS ~~