Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Claim Hp Hilang Semasa Melancong

Alhamdulillah claim travel insurans (takaful) etiqa tripcare 360 hanfone kena pickpocket di Istanbul dah dapat.😍

1st time hadap benda macamni. Syukur takda masalah claim.

Mula² saya reach etiqa by wassap. Tapi lepas beberapa hari cek status "No record".

Jadi saya buka website etiqa dan claim online pula.

Dokumen diperlukan:
-Laporan polis di kawasan kejadian
-Bukti pembelian handphone/resit pembelian
-Flight itinerary (airlines emaikan semasa kita beli tiket)

Mujur saya beli phone di shopee. Jadi saya screenshot sahaja history purchase phone tersebut.

Cuma nak dapatkan laporan polis di Istanbul haritu agak menguji kesabaran. Tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga laporan polis tu.
Laporan Polis Kehilangan HP Semasa Di Turki

Pihak etiqa contact melalui email dan phone call. Bila dah ada pic etiqa lebih mudah. Apa² je masalah kita terus email kepada pic tersebut.

Submit claim 4 Januari. Etiqa contact minta flight itinerary, no akaun bank, no. i.c

Oh ya, saya beli insurans menggunakan no passport. Sepatutnya etiqa dah buat payment pada 11 Jan.. tapi rejected sebab guna no passport.

Lepas saya follow up by email, mereka minta no i.c semalam.

Hari ni duit dah dapat.

Kira berbaloi juga lah sebab harga henfone yg hilang tu RM1K. Saya dapat pampasan RM900.😄. Pelan Gold etiqa tripcare 360.

Claim Etiqa Takaful

Harga travel insurans cover untuk satu family selama 15 hari dalam rm100++ je untuk pelan gold.

Tempoh travel semasa beli insurans tu kena ambik awal sehari dari tarikh flight, dan tarikh pulang tu extend 2-3 hari. Kalau flight delay ke hari esoknya masih dalam coverage.

Syukur ada beli insurans travel.Dapat cover sedikit sebanyak loss.

Bukan selalu saya beli travel insurans ni. Selalunya tak beli. Beli untuk ke negara tertentu je dan of course untuk ke Turkiye wajib beli sebab jauh, flight mahal, winter (risau kesihatan kat sana), drive dan sebagainya lagi.

Belilah travel insurans bila travel luar negara. Antara yg di lindungi:

-Kemasukan ke wad luar negara
-pampasan kematian di luar negara.
-kos bawa pulang jika meninggal/sakit di luar negara
-luggage rosak
-luggage delay
-flight delay
-flight cancel
-Kehilangan/kecurian barangan peribadi di luar negara
-Kehilangan dokumen dan duit di luar negara.
-Pembatalan trip.
-Terlepas flight/connecting flight.
-Kemalangan aktiviti lasak di luar negara(coverage tambahan)
-covid di luar negara (coverage tambahan)

Korang kalau taknak pening² submit kes, nak follow up bagai.. Korang beli je dengan agent. Tak mahal mana pun.

Sumber FB
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Claim Hp Hilang Semasa Melancong"


~~ TENTANG PENULIS ~~