Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mengurangkan Principal Loan Rumah


CARA PENGURANGAN PRINCIPAL LOAN RUMAH 

TERIMA KASIH MYRA MIYAKI, EX-STAFF CIMB BANK BHGN MORTAGE (LOAN RUMAH)

Ok sy cuba terangkan yaaa.. Kita masih gunakan contoh monthly installment RM1000.. 

1.Monthly Loan Installment:
Bayaran bulan yang kita perlu bayar setiap bulan macam biasa.. RM1000

2. Advance Loan Payment:
Dah bayar Monthly Loan Installment.. lepastu ada duit lebih kita bayar lagi extra RM1000.. contohnya skrg bulan 1..advance RM1000 tu kita bayar bulan ni... so bulan 2 tak perlu bayar dah sbb kita dh bayar siap2 utk bulan 2.. bulan 3 baru bayar balik.. 

3. Reduce Loan Principal:
Ini yang paling POWER utk bantu melangsaikan hutang kita dgn cepat.. Semua duit lebihan akan tolak baki loan kita.. slalunya org kita akan sebut tolak duit pokok.. 

Setiap bayaran bulan kita terbahagi kepada 2 iaitu Bayaran Principal & Bayaran Interest.. contoh hutang rumah kita berbaki RM100,000.. dan installment kita RM1000.. pecahan bayaran akan jadi mcm ni.. RM200 Bayaran Principal dan RM800 bayaran Interest (contoh pecahan ni sekadar contoh ya supaya org mudah faham).. 

Baki hutang kita akan jadi RM99,800.. Then kita ada duit lebih sbb dapat bonus.. kita bayar RM1,800 gunakan teknik no3 iaitu Reduce Loan Principal.. Baki hutang rumah kita akan jadi RM98,000..

Bulan berikutnya kita masih perlu bayar monthly installment mcm biasa ya uols.. jgn tak bayar pulak nanti tak pasal2 ccris problem..

Setiap kali ada duit lebih terus la bayar guna teknik no3 ni sbb setiap bayaran lebih ni akan terus tolak baki principal kita... So hutang kita akan cepat langsai...

KREDIT- FB MYRA MIYAKI & Bebas Hutang
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Cara Mengurangkan Principal Loan Rumah"


~~ TENTANG PENULIS ~~