Utama » » VIRAL: 38 Ekor Bangkai Monyet Dijumpai Di Taiping

VIRAL: 38 Ekor Bangkai Monyet Dijumpai Di Taiping


Boleh dikatakan isu monyet yang terlalu banyak di Taiping menyebabkan ramai pelawat yang datang ke Bukit Larut atau Taman Tasik Taiping akan berasa tidak selesa. Dah lama aku perhati, lambat laun akan ada pihak yang ambil tindakan drastik.
TAIPING - Sebanyak 38 bangkai kera ditemui bergelimpangan di kaki Bukit Larut dipercayai mati akibat diracun, semalam.
Kejadian itu disedari orang awam sekitar jam 9 pagi ketika mahu melakukan aktiviti pendakian di bukit terbabit.
Pemeriksaan awal dijalankan Zoo Taiping mendapati, kumpulan kera terbabit diracun di sebuah lokasi lain sebelum dibuang ke kawasan peranginan itu.
Wakil pengurusan Zoo Taiping memaklumkan, kera jenis ekor panjang ini adalah haiwan yang dilindungi dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM3,000.
“Kita telah bawa balik dua bangkai kera ini untuk tujuan bedah siasat dan akan memaklumkannya kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.
“Didapati, hidung, mulut dan telinga kera berkenaan berdarah kesan ia diracun,” katanya kepada Sinar Harian.

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan



twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)