Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

VIRAL: Diskaun Istimewa Kereta Proton Untuk Persatuan Dan Koperasi


“Proton amat menghargai sokongan daripada syarikat korporat dan persatuan, dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada semua pelanggan kami".
Proton berkata, tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan jualan korporat istimewa kepada pelanggan jualan fleet.

“Kami menghargai minat yang diberikan kepada Proton dan kami mempelawa mana-mana persatuan dan syarikat korporat yang ingin menikmati faedah ini,” katanya.

Proton juga ingin menegaskan bahawa akhbar itu turut melaporkan "Proton sentiasa menyediakan promosi jualan korporat/fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi dan institusi (termasuk media), dan Persekutuan Hokkien bukan kes yang istimewa".

Katanya, Proton mempunyai pelan yang sama dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat utama di Malaysia.

“Melalui cara yang sama, Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, telah mengadakan perbincangan dengan kami dan menunjukkan sokongan kepada Proton dengan komitmen untuk membeli," kata Proton.

AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "VIRAL: Diskaun Istimewa Kereta Proton Untuk Persatuan Dan Koperasi"


~~ TENTANG PENULIS ~~