Utama » » Kedai Reject Barangan Lazada Di Galaxy Ampang

Kedai Reject Barangan Lazada Di Galaxy Ampang


Niat di hati tu nak cari food steamer kononnya lepas ni nak makan berasaskan yang steam tu diperbanyakkan la acah nak sihat. hikhik.
Tapi takde pulak. so pergi tu just pusing pusing je bawak anak. die tengok barang2 camni tak minat la asyik ajak balik je..but like i care! haha yelah takkan dah sampai nak balik pulak. pusing2 la bagi puas hati sendiri walau tak membeli.

Kat sini banyak barang lazada yg murah-murah. Barang baru, bukan secondhand. Lazada reject tapi conditions masih elok macam baru. Cuma yang tak best tu bila potential pelanggan ni suka buka kotak2 and tak simpan balik barang. so yang pelanggan baru masuk tengok rasa macam barang2 terbuang je. kat kedai ni Ada macam-macam barang. memang kalau pegi tu kena duduk lama untuk belek satu2. sebab barang dia tak bersusun ikut tempat macam kat tesco giant tu, seksyen tenusu semua product tenusu kan..kat sini dia pakai letak semua satu rak. so kalau memang intention nak membeli memang kene belek2 lama.

Harga kebanyakkannya 70%-50% murah dari harga asal..ada jugak yang aku perasan harga lagi mahal dari web. yelah maybe pasal lazada kan banyak supplier. harga lain2. so kalau korang pembeli bijak,sebelum beli tu rajin jugak tengok dalam web. tp awas ye! dengan barang yang dikeluarkan dari supplier TAOBAO COLLECTIONS sebab banyak bad records compare the good ones. rajin2 jugak check review lazada kalau dari supplier tu. huhu nampak tak aku ni pembeli lazada tegar.huhu...

aku pegi tak beli apa sebab bende yang dicari tu takde cuma terbekenan dengan scandinavian dressing table kebetulan warna tu kena dengan tema bilik.cuma defect sikit pada permukaan. tapi tak beli jugak sebab nak angkut tu kene angkut sendiri.meja tu dah siap pasang kalau ada yang dismantle tu aku rasa aku rembat dah dengan harga baru RM180. macamana nak angkut aku dengan anak aku je time tu. oh sini peti ais, set bilik tidur, dryer, pon ada tau. bagi aku tempat ni sesuai kalau orang yang baru nak mendirikan rumahtangga atau yang nak masuk rumah baru ke kan..sangat sesuai dengan harga dorang ni.


Keperluan rumah juga banyak dijual




Tempat: Galaxy Ampang, UG floor
Masa: Buka setiap hari.
Alamat: Galaxy Ampang Shopping Centre, 3A-2, Jalan Dagang 5, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.

** BARANG-BARANG KAT KEDAI NI BERUBAH-UBAH. KADANG-KALA STOK HABIS.

Sumber: FB

SHARE

ARTIKEL MENARIK...

0 comments:

Catat Ulasan


twitter facebook google plus linkedin rss feed email
ARTIKEL TERUS KE EMEL ANDA (klik sini)