Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sedap Dan Uniknya Makanan Di Kerian Yang Ramai Tak Tahu

Jom jalan-jalan cari makan ke daerah Kerian, Perak. Jom makan betapa Sedap Dan Uniknya Makanan Di Kerian Yang Ramai Tak Tahu.

1. Terkenal dengan gulai/kari ikan semilang yang boleh dimakan pada waktu pagi di Kuala Kurau, makan petang dan malam di Kampung Perak.

Gulai Semilang

2. Sangat terkenal dengan keenakan AIR ASAM kenduri, terutamanya catering di Titi Serong dan kawasan sekitarnya. Sangat sedap dicicah bersama daging masak kurma atau ayam masak merah. Air asam di sini tak sama dengan air asam di tempat lain kerana campuran bahannya yang tersendiri.


Air Asam Kenduri

3. Terkenal dengan char keu tiaw yang terletak di Kampung Kedah, Perak. Setiap kali pergi mesti penuh dengan pengunjung.


Along Char Kuey Tiaw, Kampung Kedah

4. Terkenal dengan ketam lembut yang terdapat di Kuala Gula. Ketam yang boleh dimasak apa sahaja amat mudah dimakan kerana kulitnya yang lembut boleh dimakan begitu saja.


Ketam Lembut, Kuala Gula

5. Kerang rebus dicicah dengan kuah kacang. Hanya terdapat pada bulan puasa sahaja. Memang best dan sedap. Biasanya makan selepas terawih.

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang


**Jika ada lagi makanan yang unik @ sedap @ jarang-jarang dijumpai. Boleh kongsikan diruangan komen di bawah.....
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Sedap Dan Uniknya Makanan Di Kerian Yang Ramai Tak Tahu"


~~ TENTANG PENULIS ~~